Ceritanya begini. Semuanya bermula dengan aku risau aku ada PCOS (polycystic ovarian syndrome) sebab dah 3 bulan tak period (amenorrhea) dan urine pregnancy test negative. Maka aku ajak lah Jai pergi jumpa dr dekat Salama Hospital. Masuk je bilik dr, dr terus tanya"You come here because you are pregnant right?". Nama dr, Amr Mansy. Terkejut omak macam mana doctor boleh jadi bomoh belum duduk lagi dah tahu. Lepastu baru duduk dan cerita complaint kat dr, amenorrhea and upt negative. Dr ajak buat scan dan comfirm no pregnancy (time ni lega sikit). Just ada multicystic ovary iaitu ovum tak mature dan tak boleh keluar. Ovum tak keluar maka tak period lah. Maka dr prescribe streronate nor atau progesterone atau dalam melayunya oramg panggil ubat turun darah dan follow up lagi 2 minggu. Ubat ni just nak comfirmkan punca amenorrhea tu je sama ada primary atau secondary amenorrhea sebab kedua-duanya berbeza sebab. Aku pun makan lah selama 10 hari lepastu akhirnya ada withdrawal bleeding (period).
Disebabkan masa ni kebetulan tengah department OnG, aku pun decide nak consult lecturer dekat masa clinical class je, Dr Israk namanya. Free pulak tu. Aku tak pergi pun follow up dengan dr Amr dekat Salama. Dr Israk tanya"Do you want to get pregnant?", aku pun jawab yes sebab ye lah sape tak nak mengandung kan. Tapi rupanya aku salah faham. Sebab kalau nak pregnant, dr akan prescribe clomid (ubat kesuburan) supaya senang mengandung lepas period tu masa bulan tu jugak. Nasib baik sempat pergi lecture pasal amenorrhea sebelum aku sempat makan ubat. Aku dan Jai memang dah decide tanak baby lagi time belajar ni. Aku pun pergi jumpa balik dr Israk, aku cakap aku nak regular period je. Lepastu dia cakap boleh je just continue makan steronate nor yang dr Amr prescribed haritu selama mana aku nak sebab dr cakap yang tu contraceptive pills je. If aku nak pregnant, baru makan clomid tu.
So, kali ni dah second cycle atau second month lah aku makan steronate nor tu. Dah complete 10 hari pills, sepatutnya period dalam masa 2-3 hari. TAPI KALI NI DAH EMPAT HARI BELUM PERIOD. Ditambah pulak dengan severe period cramp sebelum aku stop pill tu lagi. Masa ni dah taktau nak buat apa bila sakit makin bertambah. Aku whatsapp lah kekni, kekni pun macam risau jugak sebab sakit kan. Kekni cakap, better confirm dulu tak ada pregnancy. Memang tak terfikir langsung pasal pregnant. So mintak Jai belikan upt dekat pharmacy, malam tu buat terus. Okay tetiba ada dua lines. Positive. OH NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO HOW DID THAT HAPPEN?! Malam tu dah taktau nak fikir apa atau cakap apa-apa. Jai pun sama. Dua-dua tak tau nak react macam mana sebab memang tak plan. Sunyi sepi malam tu.
Beli yang murah je |
Esoknya baru call mama untuk break the news. Mama rileks je sebab ni dah cucu ke berapa belas dah. Lagipun sebelum ni dah banyak kali call mama mengadu tak period dan sakit period. Mungkin naluri keibuan tahu anaknya memang nak mengandung pun. Lepastu cerita dekat mama, aku sedih dan tak happy sebab tak plan, takut la semua sebab tengah belajar lagi. Tiba-tiba mama marah, mama cakap Allah nak bagi rezeki, orang lain bertahun-tahun tunggu tak dapat. Aku ni baru kahwin tak sampai setahun dah dapat. Suami pun ada dekat sisi. Lepastu start drama air mata. Baru sedar lepas mama marah macam tu. Macam-macam nasihat mama bagi, siap offer nak bela baby sampai aku dan Jai grad kalau tak mampu. Masa tu baru tersedar betapa tak bersyukurnya aku sebelum ni.
Sekarang ni dah (baru) 5 weeks alhamdulillah, symptoms of pregnancy aku sekarang ni cuma mild pelvic pain(sebab dh makan ubat), dan letih-letih. Bab letih tu over la jugak. Dah berapa hari tak pergi kelas sebab memang tak larat. Harapnya tak adalah morning sickness, alahan melampau-lampau dan mengidam ntah apa-apa. InshaAllah.